6 Faktor-faktor yang dapat Meningkatkan Kadar Premium Insurans Hayat Anda

Posted Posted by mno in Comments 1 comments

Terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam pengiraan premium insurans hayat anda. Oleh itu, faktor yang termasuk dalam proses pengiraan adalah penting dan boleh mengurangkan kadar insurans hayat anda. Setiap syarikat insurans mempunyai kriteria tertentu untuk menentukan premium polisi seseorang. Ketika syarikat insurans menerima borang permohonan anda untuk penilaian, mereka mencari petunjuk untuk menganggar kadar risiko anda ditimpa penyakit atau meninggal dunia. Risiko yang tinggi meningkatkan kemungkinan syarikat membayar manfaat kematian.
Semakin tinggi risiko, semakin tinggi premium. Faktor umur dan jantina pemegang polisi juga diambil kira. Oleh kerana faktor ini tidak dapat diubah, maka kita perlu memberi perhatian kepada faktor yang boleh dikawal. Faktor-faktor yang dapat meningkatkan kadar insurans hayat anda adalah:

  • Beratbadan dan obesiti - Statistik perubatan menunjukkan semakin berat seseorang itu, semakin tinggi kos perubatan dan kemungkinan masalah kesihatan yang kronik. Berat badan berlebihan menyebabkan kolesterol, tekanan darah, kecenderungan untuk sakit jantung, diabetes dan serangan strok yang tinggi . Jika anda ingin menurunkan premium anda, mulalah bersenam dan mengurangkan beberapa kilogram. Orang yang obese akan membayar lebih daripada 50 peratus dalam terma kadar insurans hayat, oleh itu amalan diet akan membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat serta meringankan beban pada dompet anda. 

  • Merokok – Merokok antara faktor yang diambil perhatian lebih dalam insurans hayat. Bagi bukan perokok, mereka membayar premium yang lebih rendah berbanding dengan perokok dan sekiranya anda hanya menghisap dua batang rokok sehari, kadangkala menghisap paip rokok ataupun mengunyah tembakau, anda akan dimasukkan ke dalam kategori perokok mengikut kebanyakan syarikat insurans. Berhenti merokok dengan segera dan hanya dalam setahun bebas dari tembakau, anda boleh memenuhi syarat untuk mendapatkan kadar premium yang rendah. 

  • Penyalahgunaan alkohol - Jika anda seorang kaki botol (walaupun telah lama tinggalkan tabiat itu), syarikat insurans akan mengambil semua butiran ini untuk pertimbangan dan menaikkan kadar polisi anda. Penyalahgunaan alkohol (seperti penyalahgunaan dadah) dianggap merosakkan kesihatan anda dan sebahagian besar syarikat insurans anggap sebagai tabiat negatif. 

  • Perubatan dan kesihatan keluarga - Keadaan kesihatan yang kronik atau sejarah perubatan yang kurang elok boleh mengakibatkan, tahap insurans anda meningkat. Jika anda menghidap diabetes atau kanser, kemungkinan ketahanan hidup lebih rendah dan kos rawatan dan perubatan juga akan meningkat. Dalam borang permohonan anda, anda akan ditanya untuk menyenaraikan sejarah kesihatan keluarga anda. Sekiranya anda tidak menghidap strok, tekanan darah, Pennyakit jantung, obesiti dan sejenisnya, faktor risiko masih dianggap sama jika ada ahli keluarga anda menghidap penyakit tersebut. Walaupun tiada perubahan yang boleh dilakukan dalam situasi ini, anda hendaklah jujur ?di dalam borang permohonan anda. 

  • Pilihan gaya hidup – Lihat pekerjaan dan hobi anda. Adakah berbahaya atau mengancam kehidupan anda dengan pelbagai cara? Dari kerjaya yang melibatkan situasi yang berisiko tinggi seperti wartawan perang, polis, nelayan, pelumba, ahli sukan, dan hobi seperti payung terjun, bungee jumping, paragliding, rock climbing dan lain-lain, semua menyumbang peningkatan tahap risiko anda di mata syarikat insurans. Setiap syarikat insurans cenderung untuk melihat jenis pekerjaan dan hobi dengan cara berbeza dan penting untuk membuat pilihan yang bijak sebelum membuat keputusan untuk polisi anda. 

  • Jumlah perlindungan - Faktor lain yang menentukan jumlah premium untuk polisi anda adalah jumlah perlindungan yang anda perlukan dan sekiranya ada tambahan atau pilihan (rider) termasuk dalam polisi. Anda boleh membandingkan harga dan produk dari syarikat insurans yang berbeza dan membuat keputusan.
Sumber:http://www.insuranceinfo.com.my/

1 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

Maaf cari shoutbox tak jumpa.
Kalau prudential medical card kita tak dapat, apa nak buat ye

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...